This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 7 Jun: Usus babi goreng kicap bersama buah nenas antara hidangan istimewa semasa Perayaan Hari Gawai Dayak.
Bagi masyarakat Iban di rumah panjang, masakan perut jani buah nenas goreng kicap (bahasa Iban) ini bagaikan satu kemestian di setiap perayaan.
Ungkapan masyarakat Dayak, “entua mansa enda di tanya” (mentua lalu tidak di sapa) bila dihidangkan masakan ini adalah satu gurauan sebagai menceritakan kelazatannya.
Seperti kebiasaan, sesi minum tuak antara keluarga dan rakan-rakan akan bertambah meriah dengan pelbagai gurauan jika bersama masakan ini.
Rasa manis, kadang-kadang sedikit masam bergantung kepada nenas yang dipilih sangat sesuai digoreng bersama perut manis babi.
Selain itu, masakan ini juga digoreng bersama organ dalaman babi yang lain seperti lempuang, kura dan darah babi.
Proses menyediakan masakan ini boleh dilihat di aplikasi YouTube yang dikongsikan oleh pengemarnya. — DayakDaily