Peruntukan RM33 juta untuk kerja-kerja penyukatan tanah NCR pada tahun 2020

The Sarawak Legislative Assembly complex.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Nov 4: Kerajaan negeri memperuntukkan RM33 juta untuk kerja-kerja penyukatan tanah NCR (tanah adat) pada tahun 2020.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerja-kerja tersebut adalah di bawah inisiatif baharu program penyukatan.

Katanya, ia membabitkan kerja-kerja penyukatan perimeter dan lot individu.

“Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf hak pemilikan tanah dan telah memperkenalkan inisiatif baharu program penyukatan tanah NCR.


“Kanun Tanah Sarawak juga telah dipinda untuk memberi pengiktirafan pada ‘usufructuary right’ terhadap ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Negeri 2020 beliau di Dewan Undangan Negeri(DUN) di sini hari ini.

Tambah Abang Johari lagi, melalui inisiatif baharu tersebut, sejumlah 52,000 hektar tanah NCR di seluruh Sarawak akan disukat secara perimeter dan 15,000 hektar akan disukat sebagai lot individu.

Sejumlah RM7 juta telah diperuntukan untuk kerja-kerja yang sama pada tahun 2019. — DayakDaily