Pertukaran laluan di KM923 Jalan Miri-Bintulu pada 11 Sept

Notis pemberitahuan dari JKR Sarawak tentang pertukaran laluan di KM923 Jalan Miri-Bintulu pada 11 Sept 2024.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 9 Sep: Satu pertukaran laluan atau lencongan akan diwujudkan di KM923 Jalan Miri-Bintulu Lebuhraya Pan Borneo pada 11 Sept ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan ia adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan.

Advertisement

Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati semasa melalui kawasan lencongan iaitu berhampiran Loji LAKU Lambir/Penjara Miri. — DayakDaily

Advertisement