This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 5 Julai: Edisi Ke-2 Pertandingan Badminton Piala Abg Jo (Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) akan diadakan pada 4 hingga 6 Ogos di Dewan Persatuan Badminton Sarawak.
Menurut Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pertandingan berpasukan peringkat junior itu dibuka kepada semua warga negara Malaysia.
“Ini adalah kali kedua penganjuran Piala Abg Jo setelah edisi pertama diadakan pada tahun lepas.
“Juara akan menerima hadiah wang tunai RM10,000,” kata Abdul Karim
Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Majlis Penyerahan Sumbangan RM1. 5 juta oleh Pertama Ferroalloys Sdn Bhd kepada Persatuan Badminton Sarawak di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.
Tambah Abdul Karim, turut diperkenalkan pada tahun ini adalah Pertandingan Badminton Piala Juma’ani.
Katanya, ia adalah pertandingan berpasukan perempuan peringkat junior dengan format 2 peserta peseorangan dan 1 beregu.
“Kedua-dua Piala (Piala Abg Jo dan Juma’ani) menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM30, 000,” kata Abdul Karim.
Sementara itu, Abang Johari dijangka hadir bagi acara penyampaian hadiah pada 6 Ogos nanti. — DayakDaily