Persekutuan Tabib Dan Perubatan Cina Sarawak sumbang bantuan makanan kepada penduduk Kg Haji Baki

Dr Tan (enam dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Penghulu Saptuyah. Turut kelihatan Lo (tujuh dari kiri).

KUCHING, 24 Ogos: Persekutuan Tabib Dan Perubatan Cina Sarawak hari ini menghulurkan sumbangan makanan kepada penduduk di Kampung Haji Baki di sini.

Sumbangan berupa 400 dulang telur ayam itu diserahkan presidennya Dato Sri Dr Tan Kit Weng kepada Penghulu Saptuyah Yusuf.

Turut hadir ADUN Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.


Pada ucapan ringkasnya, Lo mengucapkan terima kasih kepada persekutuan di bawah pimpinan Dr Tan.

“Sarawak beruntung kerana ramai persatuan termasuk individu yang perhatian tampil untuk menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata Lo. — DayakDaily