Perpes capai persetujuan jalankan penyelidikan kontrak

Awang Zaidel menyerah cenderahati kepada Awang Tengah ketika melakukan kunjungan hormat di Wisma Sumber Alam.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 2 Okt: Persatuan Penulis Sarawak (Perpes) telah mencapai persetujuan untuk menjalankan penyelidikkan kontrak bagi Kementerian Pembanguan Bandar dan Sumber Asli serta Kementerian Pembanguan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan.

Persetujuan itu dicapai ketika kunjungan hormat oleh Ahli Jawatankuasa Perpes yang  diketuai presidennya, Awang Zaidel Awang Jamil terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga menteri bertanggungjawab dua kementerian tersebut.

Ketika kunjungan tersebut, Awang Zaidel memberitahu Perpes akan menjalankan penyelidikan kontrak bagi kementerian itu dalam kontek pembangunan luar bandar, sumber asli dan pembangunan usahawan di Sarawak.


Katanya, Perpes sentiasa memberikan fokus kepada aspek pembangunan dan pemerkasaan modal insan yang holistik di negeri ini.

“Perkara tersebut merupakan amanah yang besar dipertanggungjawabkan kepada Perpes oleh negeri Sarawak dan kita komited untuk melaksanakannya,” katanya.-DayakDaily