This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 30 Ogos: Rakyat Malaysia seharusnya bangga kerana perpaduan diantara pelbagai kaum dan agama sangat tinggi, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Katanya, perpaduan adalah kunci ke arah membina negara Malaysia yang aman dan maju.
“Dalam kita mengharungi pahit dan manis perjalanan membina negara ini, kita seharusnya tidak melupakan perpaduan.
“Perpaduan adalah kunci penting ke arah matlamat kita,” kata Awang Tengah dalam ucapan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 beliau.
Beliau berharap agar sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dapat mempertingkatkan lagi semangat cinta rakyat kepada negara.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Malaysia akan terus kekal dan aman, terus membangun dan maju,” ujar Awang Tengah. — DayakDaily