Permohonan subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibuka 23 Mac ini

Dato Sri Fatimah Abdullah

KUCHING, 8 Feb: Permohonan bagi subsidi yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) dijangka dibuka pada Mac 2023.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, permohonan boleh dibuat melalui IPAKK masing-masing.

Katanya, kadar subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak adalah RM1,000 setahun bagi seorang kanak-kanak.


“Setelah diluluskan, subsidi yuran akan disalurkan ke IPAKK dan dijangka dibuat pada April 2023.

“Anggaran seramai 2,500 orang kanak-kanak yang akan menerima subsidi ini,” kata Fatimah pada satu sidang media di Kuching hari ini.

Antara syarat kelayakan, tambah beliau, jumlah pendapatan per kapita ibu bapa atau penjaga dan isi rumah hendaklah di bawah RM1,500, manakala, kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal secara bulanan di IPAKK swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) bagi tadika swasta dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bagi taska swasta sahaja.

“Ibubapa atau penjaga dan kanak-kanak termasuk pengusaha IPAKK adalah warganegara Malaysia,” kata Fatimah. — DayakDaily