This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 29 Ogos: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak dan Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) akan melaksanakan inisiatif Ujikaji Peraturan pendaftaran perniagaan.
MPC dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif ini akan mengurangkan proses, prosedur dan masa dalam mendapatkan lesen perniagaan.
“Mekanisme ujikaji peraturan ini juga akan mengkaji semula pembaharuan peraturan pendaftaran perniagaan.
“Ini bagi memudahkan urusan menjalankan perniagaan yang diharapkan dapat merancakkan kembali aktiviti ekonomi dan menambahbaik sektor perkhidmatan awam,” katanya.
Inisiatif Ujikaji Peraturan pendaftaran perniagaan ini akan dilaksanakan di 4 bahagian, iaitu Kuching, Sibu, Sri Aman dan Miri.
Menurut MPC, ia bagi menghasilkan prosedur pelesenan perniagaan yang cekap, mengurangkan ketidakpastian dan untuk memaklumkan pembuatan keputusan kawal selia dalam rejim pelesenan perniagaan sehenti di Sarawak.
Dalam pada itu, MPC Wilayah Sarawak dengan kerjasama strategik STIU dan agensi-agensi di Sarawak telah berkumpul selama dua hari di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) untuk merekabentuk dan membangunkan proses pendaftaran perlesenan perniagaan yang mudah dan lancar di Sarawak.
Bengkel yang diadakan ini, melibatkan penyertaan seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pihak berkuasa melesen di Sarawak. — DayakDaily