KUCHING, 9 Feb: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (Perais) semalam menerima geran sebanyak RM20,000 daripada MP Puncak Borneo yang
juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin.
Penyerahan cek disempurnakan melalui majlis ringkas di Pusat Khidmat Masyarakat MP Puncak Borneo di Jalan Kampung Bratan.
Menurut presidennya Rapelson Richard Hamid, sumbangan tersebut membolehkan Perais meneruskan program bagi pembangunan orang kelainan upaya (OKU).
Pegawai Khas Kawasan Mambong Arundi Ganjoh telah mewakili Willie menyerahkan sumbangan kepada Rapelson. — DayakDaily
Advertisement