Penyokong MPKKP pengkhianat Sarawak, tegas Abdul Karim

Abdul Karim dengan dakwaan penyokong MPKKP sebagai pengkhianat pada ucapan penggulungan di DUN hari ini (Nov 11, 2019).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Nov 11: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan penyokong penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) sebagai pengkhianat kepada negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian di penghujung ucapan penggulungan kementerian beliau di Dewan Undangan Negeri(DUN) hari ini dan suasana persidangan kecoh seketika setelah wakil-wakil rakyat dari pembangkang bangun membantah.

Advertisement

“Kamu harus tahu, di rumah panjang atau di kampung bagaimana mesti ada dua tuai rumah. Bayangkan kamu ada dua bapa di dalam rumah.

“Kecuali kamu mahu pecah belahkan Sarawak dan jika kamu cintakan Sarawak, kamu sudah tentu membantah penubuhan MPKKP.

“Dan jangan membiarkan diri kamu sebagai ‘ulun’ Malaya,” katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Tambah Abdul Karim lagi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah melakukan tanggungjawab dengan baik selama ini dan MPKKP tidak diperlukan.

Katanya, Sarawak tak memerlukan agensi dari Malaya untuk memberi tunjuk ajar berhubung pengurusan rumah panjang dan kampung.

“Tiada alasan lain berhubung penubuhan MPKKP ini selain untuk memecah belahkan rakyat dan memenangi pilihanraya negeri yang akan datang.

“Kita (Gabungan Parti Sarawak) tidak gentar dengan MPKKP dan Pakatan Harapan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement