Penuntut CIDB Kuching maut dalam kemalangan jalan raya

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
Advertisement

Oleh Juetila Ozzy

KUCHING,11 Mac: Seorang penuntut CIDB Kuching maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan membabitkan sebuat lori di Lorong Bakti 1A, kawasan perumahan Sukma di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Nelson Ngerong Philomena,22 tahun dan berasal dari Rumah Kahei Long Mekeno, Belaga.

Advertisement

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.40 petang telah meragut nyawa mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori keluar dari simpang Lorong Bakti 1A6 untuk membelok ke sebelah kiri jalan lalu dilanggar oleh mangsa yang menunggang berseorangan bergerak lurus dari arah sebelah kanan iaitu dari arah PERYATIM Sarawak.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan motosikal mangsa di bawah lori tersebut

Beliau menambah ketika kejadian, pemandu lori berusia 40 tahun dari Lubok Antu memandu lori yang tanpa muatan itu seorang diri.

Alexson berkata siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan oleh pemandu lori terbabit.

Susulan itu, beliau berkata pemandu lori itu ditahan untuk siasatan lanjut (rakam percakapan dan sampel darah diambil untuk ujian kandungan alkohol di dalam darah).

Manakala, katanya mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak .

Beliau berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement