Penunggang motosikal patah kaki selepas bertembung SUV

Lokasi kejadian, kelihatan motorsikal mangsa remuk akibat impak kejadian.

MIRI, 31 Julai: Seorang lelaki warga tempatan patah kedua-dua kakinya selepas motorsikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah SUV berhampiran kepala simpang menuju Grand Old Lady pada malam Jumaat (30 Julai).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 35 tahun itu telah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan sebaik menerima panggilan kejadian sekitar jam 7.30 malam.

“Kemalangan berpunca daripada pemandu SUV berusia 27 tahun yang memandu kenderaan dari Piasau hendak ke rumah kawannya di jalan Grand Oil Lady, apabila SUV dalam proses hendak masuk ke simpang telah di langgar oleh motorsikal jenis Honda yang ditunggangi mangsa datang dari arah jalan bertentangan,” katanya.


Selepas kemalangan, penunggang motorsikal terbabit telah dihantar ke hospital Umum Miri menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkitan Jalan 1987.— DayakDaily