Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kuching

Lokasi kejadian.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 13 Oct: Seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia selepas disyaki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Usaha Jaya, di sini lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa, berusia 20an, semasa kejadian menunggang motosikal seorang diri dari arah Bulatan Usaha Jaya menuju ke kawasan perindustrian Kuching sekitar jam 11 malam.

Advertisement

Katanya, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di bahu kiri jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa pihak ambulans ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.07 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6204758 atau 082-259900. — DayakDaily

Advertisement