MIRI, 25 Nov: Seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di KM13 Jalan Miri ByPass, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata lelaki terbabit, 29, beralamatkan dari Taman Tunku.
Menurutnya, mangsa semasa kemalangan tersebut berlaku dikatakan menunggang motosikal dari arah Taman Tunku dipercayai menuju ke tempat kerjanya di Tudan iaitu sekitar jam 8 pagi.
āBagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, mangsa telah berlanggar dengan sebuah van yang dikatakan ingin memasuki simpang sebelah kanan lalu bertembung dengan mangsa.
āKemalangan menyebabkan mangsa terpelanting ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik,ā katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke bahagian forensik Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu van dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā DayakDaily