Pengusaha stesen minyak Petronas membantu mangsa kebakaran Uma Bakung

Penyerahan sumbangan dari pengusaha-pengusaha stesen minyak Petronas kawasan dari Bintulu, Miri dan Limbang kepada wakil dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Murum.

BINTULU, Dis 14: Para pengusaha stesen minyak Petronas kawasan Bintulu, Miri dan Limbang telah membuat kutipan bagi meringankan beban mangsa kebakaran penduduk Uma Bakung, Belaga.

Inisiatif tersebut, diadakan untuk membantu penduduk rumah panjang yang terletak di Batu 20, Sg Asap, setelah kejadian kebakaran pada bulan lepas, berjaya mengutip sumbangan berbentuk pakaian, makanan dan keperluan asas.

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan derma para pengusaha yang terlibat serta pelanggan di stesen minyak masing-masing.

Sumbangan dalam bentuk pakaian, makanan dan keperluan asas yang akan diserahkan kepada penduduk Uma Bakung.

Penyerahan sumbangan tersebut dibuat dalam satu majlis ringkas di Stesen Petronas Jalan Tun Hussien Onn, di sini hari ini.

Rumah panjang Uma Bakung telah diwakili oleh pekerja Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum.


Turut hadir pada majlis tersebut mewakili pihak Petronas ialah Pengurus Kawasan TA04 (Bintulu, Miri, Limbang) Irwandie Johari dan para pengusaha stesen yang terlibat. — DayakDaily