Penghuni rumah dua tingkat tidak digalak pindah elak kesesakan PPS

Pengarah APM Sarawak, Kolonel Mokhtar Samat

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 14 Jan: Mangsa banjir yang tinggal atau memiliki rumah dua tingkat akan dibenarkan untuk terus tinggal di rumah mereka jika keadaan masih selamat.

Pengarah Angkatan pertahanan Awam (APM)Sarawak, Kolonel (PA) Mokhtar Samat berkata mangsa terbabit tidak digalakan untuk berpindah sekiranya rumah yang didiami mereka masih terjamin selamat dan mendapat persetujuan bersama dengan penghuni terlibat.


Menurutnya, tindakan itu dilakukan bagi mengelakan berlaku kesesakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir.

“Jika keaadan rumah di kampung yang memiliki dua tingkat ataupun rumah yang tinggi yang mana bahagian bawahnya dinaiki air tetapi bahagian atas masih boleh didiami kita mebenarkan mereka untuk terus tinggal di rumah tersebut atas faktor-fartor penilaian pegawai kami di lapangan,” katanya selepas ditemui selepas melawat PPS di Dewan Serbaguna Taman Malihah di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan makanan akan disalurkan kepada mangsa terlibat jika situasi berkenaan dimaklumkan kepada anggota APM yang bertugas.

Katanya, selain mengelakan kesesakann di PPS ia juga sebagai salah satu langkah mencegah penularan wabak Covid-19 yang terjadi akibat berlakunya kesesakan di pusat berkenaan.

keadaan PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah yang di naiki air

Mengulas situasi PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah yang dinaiki air malam semalam, Mokhtar berkata, mangsa di PPS itu akan dipindahkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK ) Chung Hua yang terletak di kawasan yang lebih tinggi.

Katanya, kejadian dewan terbabit dinaiki air merupakan yang pertama sejak ia mula digunakan sebagai PPS bagi mangsa banjir.

“Mangsa yang berada di PPS ini kita akan pindahkan semula dan kita akan tutup PPS ini kerana ia telah disahkan tidak selamat untuk digunakan sebagai PPS.

“Kita telah berunding dengan pihak pejabat daerah untuk menggunakan SJK Chung Hua yang terletak di kawasan agak tinggi supaya tidak berlaku pekara yang sama seperti di sini,”katanya.

Terdahulu, Mokhtar berkata PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah menempatkan 79 mangsa daripada 16 keluarga kini merekodkan pertambahan mangsa yang menghampiri 90 orang terjejas banjir.

“Kita akan pindahkan keseluruhan mangsa ini ke tempat tempat yang lebih tinggi dan terjamin serta tidak dinaiki air seperti yang berlaku di PPS ini,” katanya. — DayakDaily