Penghuni Rh Seruai di Spaoh jadi ‘hero’ selamatkan rumah panjang daripada terbakar

Keadaan di dalam rumah panjang yang terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SPAOH, 30 Jan: Rumah panjang Seruai, Kampung Baru Spaoh, Betong berjaya diselamatkan daripada terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata hanya sebuah bilik tidur terbakar dalam kejadian yang dilaporkan sekitar jam 11.38 pagi tadi.

Katanya, kebakaran dipercayai berpunca daripada ‘extension wire’ yang diletak berhampiran bahan mudah terbakar sehingga terjadinya kebakaran yang merebak ke bahagian siling.


“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah dengan bantuan penduduk rumah panjang menggunakan empat unit alat pemadam api sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum bomba sampai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong yang dikerahkan ke lokasi kejadian melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Kesemua penghuni rumah panjang juga dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan berkenaan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dijalankan. — DayakDaily