Pengasih mahu jalin kerjasama dengan kerajaan Sarawak tangani penyalahgunaan dadah

Pills in pocket. ā€” DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 27 Nov: Persatuan Bekas-bekas Pengguna Dadah di Malaysia (Pengasih) berhasrat untuk untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan persatuan tersebut menerusi satu kenyataan hari ini yang memaklumkan penubuhan secara rasmi Persatuan Pengasih Malaysia cawangan Negeri Sarawak bermula pada 4 November lepas.

ā€œDengan tertubuhnya Pengasih Sarawak, bekas-bekas penagih yang telah melalui pemulihan ini, boleh mengikuti aktiviti-aktiviti sokongan dari Pengasih Sarawak yang di gelar sebagai ā€˜Aftercare Programmeā€™,ā€ kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan terbabit, Pengasih akan mengaplikasikan pengalamannya tentang penyelahgunaan dadah dalam membantu mereka yang terjejas dengan bahan terlarang tersebut.

Katanya, pendekatan secara kreatif digunakan untuk mendekati golongan muda bagi mencegah mereka daripada terjebak atau terlibat semula dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

ā€œPengasih juga memanfaatkan bekas-bekas pengguna dadah yang telah pulih ini untuk menyantuni pengguna dadah lain yang berpotensi untuk mencapai kepulihan, demi mengurangkan impak sosial akibat penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

ā€œRawatan pemulihan penagihan merupakan satu proses yang berpanjangan. Bekas-bekas penagih dadah memerlukan satu sistem sokongan yang kuat dalam masyarakat untuk kekal bersih daripada najis dadah,ā€ jelas kenyataan itu. ā€” DayakDaily