Penduduk Siburan gempar dengan aksi latihan tembak menembak

Aksi latihan polis yang tural dalam media sosial.

Oleh Dean Adam

SIBURAN, Jan 25: Penduduk di sekitar pusat bandar di sini digemparkan dengan insiden tembak-menembak pagi tadi.

Aksi yang mendebarkan itu juga telah tular di media sosial dengan pelbagai reaksi daripada netizen.


Bagaimanapun, aksi tersebut hanya merupakan latihan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kemungkinan jenayah yang berlaku.

Kejadian tembak-menembak di Siburan hanya sesi latihan pihak polis untuk membanteras jenayah.
Masyarakat umum diminta untuk tidak menularkan rakaman latihan tersebut untuk mengelak suasana panik.

Sehubungan itu, kata sumber, masyarakat umum diminta supaya tidak panik dan menularkan aksi video atau gambar yang dirakamkan.

“Ia (aksi tembak menembak) hanyalah latihan sahaja, tiada kaitan dengan kononnya berlakunya operasi jenayah,” katanya di sini hari ini. — DayakDaily