Oleh Dean Adam
SIBURAN, Jan 25: Penduduk di sekitar pusat bandar di sini digemparkan dengan insiden tembak-menembak pagi tadi.
Aksi yang mendebarkan itu juga telah tular di media sosial dengan pelbagai reaksi daripada netizen.
Bagaimanapun, aksi tersebut hanya merupakan latihan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kemungkinan jenayah yang berlaku.
Sehubungan itu, kata sumber, masyarakat umum diminta supaya tidak panik dan menularkan aksi video atau gambar yang dirakamkan.
“Ia (aksi tembak menembak) hanyalah latihan sahaja, tiada kaitan dengan kononnya berlakunya operasi jenayah,” katanya di sini hari ini. — DayakDaily
Advertisement