Penduduk Kuala Balingian, Kuala Serupai kini dapat nikmati bekalan air terawat

Air paip

MUKAH, 18 Dis: Lebih 1,500 pendudk di 15 rumah panjang di Balingian dan Kuala Serupai yang bergantung kepada air hujan serta sungai sebagai sumber air kini dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat sejak September lalu.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam satu kenyataan berkata projek bekalan air tersebut merupakan sebahagian daripada sistem bekalan air Balingian-Kuala Balingian-Serupai (Perintah Kerja No.1) yang telah disiapkan oleh jabatan tersebut.

“Skop kerja tersebut melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air dari Mukah-Balingian-Kuala Balingian-Serupai termasuk pmbinaan satu stesen pam pengagalak baharu di Tangki aras Tinggi Balingian yang sedia ada,” kata kenyataan itu.


Ujar kenyataan itu, dengan usaha berterusan JBALB, penduduk di kawasan terbabit kini mempunyai akses kepada bekalan air bersih dan terarawat serta tidak lagi berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan sumber air bersih.

Katanya, projek tersebut yang bernilai RM36.7 juta dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti sistem bekalan air di kawasan terbabit.

Pada masa sama ia turut memenuhi pemintaan terhadap peningkatan keperluan air bersih dan terawat khususnya di kawasan Balingian, Kuala Balingian, Serupai, Ulu Bayan dan Pangkalan Lobang.

“Projek ini yang mana masih lagi berjalan dijangka akan siap sepenuhnya pada suku kedua tahun hadapan (2021) atau pada April 2021,” tambah kenyataan itu. — DayakDaily