Penafian berkenaan isu viral jangkitan Covid-19 dikalangan warga ATM.

Social media applications on a mobile phone. — DayakDaily.com file pic

KUCHING, Sept 24: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menafi mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan terdapat jangkitan Covid-19 dikalangan warga mereka setelah mencelup jari dengan dakwat sewaktu proses mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 22 Sept.

Menurut kenyataan akhbar bahagian hal ehwal awam-J7 Markas ATM: “…maklumat yang tular di media sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah.”

“Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.”

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Maklumat terkini boleh diperolehi melalui saluran rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). — DayakDaily