Pemuda ugut ibu guna parang ditahan polis

Suspek (tiga dari kiri, depan) ditahan JSJ IPD Miri di Pekan Bekenu.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 18 Mei: Perbuatan seorang lelaki dari sebuah rumah panjang di Sungai Tiris Bekenu pada pagi Selasa mengamuk sambil menghayung sebilah parang ke arah ibu kandungnya mengundang padah apabila dia ditangkap polis untuk tindakan lanjut.

Lelaki warga tempatan berusia 25 tahun itu telah dicekup anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada hari yang sama sekitar jam 12.15 tengahari.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, turut ditemui semasa tangkapan ialah sebilah parang sepanjang 57cm daripada suspek dipercayai telah digunakan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku 9 pagi Selasa.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

“Suspek ditahan ditepi jalan dalam Pekan Bekenu,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily