Pemuda nyaris maut, Toyota Hilux rempuh pokok

Kelihatan keadaan Toyota Hilux yang merempuh sebatang pokok.
Advertisement

BINTULU, Mei 10: Seorang pemuda nyaris maut selepas Toyota Hilux yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Pantai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mustapha Wasli berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 11.11 pagi.

Advertisement

Jelas beliau, sejurus menerima pangggilan kecemasan itu, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan tindakan susulan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seorang lelaki masih berada dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan bomba kemudian melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sebelum memberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mustapha, kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.

Katanya, tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Operasi menyelamat itu tamat sepenuhnya selepas memastikan keadaan di lokasi kemalangan terkawal dan selamat kepada pengguna jalan raya lain,” katanya. — DayakDaily

Advertisement