Oleh Brad Rantayy
MIRI, 23 Nov: Polis menahan seorang pemuda tidak sampai satu jam selepas dia dipercayai melarikan beberapa tin minuman ringan dari sebuah kedai runcit di Kampung Piasau Utara.
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di kediamannya yang terletak berhadapan dengan kedai runcit tersebut.
Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri menahan suspek yang ditemui bersembunyi di bawah katil biliknya.
Tangkapan berjaya dilakukan sekitar jam 7 malam, walaupun suspek telah bertindak agresif dengan menumbuk ke arah muka salah seorang anggota JSJ ketika hendak menahannya.
Dalam kejadian pada jam 6.20 petang itu, suspek dilihat melarikan diri keluar dari kedai sebuah kedai di Piasau dengan melarikan beberap tin minuman ringan.
Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat pengadu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan. — DayakDaily