Pemuda cakar pipi bekas isteri ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan malam tadi sekitar jam 11.30 malam untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI , 26 Nov: Seorang wanita calar di pipi kiri selepas dipercayai dicakar oleh bekas suaminya dalam satu kejadian petang semalam.Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan rumah mangsa sekitar jam 6 petang semalam.Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Susulan kejadian, suspek berusia 34 tahun itu telah ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri untuk siasatan lanjut, lima jam selepas kejadian.


Difahamkan, kejadian bermula apabila suspek telah datang ke rumah mangsa berusia 32 tahun itu.

Perselisihan telah tercetus yang menyebabkan mangsa dicakar pada pipi kirinya.

Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa berhubung kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012. — DayakDaily