Pemotong kayu sesat ditemui selamat

Anggota bomba bercakap dengan mangsa yang ditemui selamat.

BINTANGOR, Sept 17: Seorang pemotong kayu yang dilaporkan hilang semalam berjaya ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Mohammad Tapa Napis, 55, sebelum itu dikatakan sesat semasa keluar memotong kayu di kawasan hutan Kampung Muara Lebaan di sini.

Jurucakap bomba memberitahu, mangsa dikatakan berjaya menemui jalan balik ke kampung selepas tersesat di kawasan hutan berkenaan


Katanya, mangsa yang tersesat sebelum itu dikatakan merendah kawasan hutan sebelum selamat sampai ke kampung.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan pada pukul 12 tengah hari selepas mangsa selamat tiba di rumahnya,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas keluar memotong kayu di kawasan hutan Kampung Muara Lebaan di sini.

Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumahnya setelah keluar ke hutan pada pukul 8 pagi.

Pihak bomba menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan daripada adik mangsa, Derwis Napis yang datang ke balai pada pukul 7.38 malam.

Sepasukan lima anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. — DayakDaily