Pemintaan menggalakkan Sukuk Kelestarian isyarat keyakinan pelabur kepada Malaysia

A sunset view of Kuala Lumpur. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 24 April: Pemintaan mengalakkan ke atas terbitan Sukuk Kelastarian memberi isyarat keyakinan pelabur terhadap asas dan pelan pemulihan ekonomi Malaysia yang kukuh.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kejayaan Kerajaan Malaysia menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat pertama di dunia dalam Dolar Amerika (USD) berjumlah USD1.3 bilion merupakan satu pencapaian membanggakan negara.

“Melalui lebihan langanan sebanyak 6.4 kali, saiz terbitan asal sukuk tersebut telah dinaikan daripada USD1.0 bilion kepada USD1.3 bilion


“Berdasarkan pemintaan menggalakan itu, kerajaan juga berjaya menetapkan harga yang lebih kompetitif bagi Sukuk Kelestarian ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, terbitan sukuk tersebut diyakini akan terus menyerlahkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam pasaran kewangan Islam global.

Katanya, Sukuk Kelestarian itu juga akan meletakkan negara di landasan pembangunan yang lebih lestari, manpan, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan agensi-agensi yang terlibat seperti bank negara yang telah berkerjasama dalam menjayakan pemasaran dan terbitan Sukuk Kelestarian yang unik dan unggul dari sudut inovasi instrumen kewangan Islam,” katanya. — DayakDaily