Oleh Chris Bishop
KUCHING, 6 Ogos: Kerajaan Sarawak belum memikirkan ganjaran lain, selain wang tunai kepada pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, buat masa ini dan seperti tahun-tahun yang lepas pemenang emas hanya diberikan ganjaran wang tunai.
“Tidak pernah sebelum ini kerajaan beri ganjaran lain.
“Kalau Sukan Olimpik, pemenang pingat emas ada diberi wang tunai dan hartanah.
“Kalau Sukma hanya wang tunai,” kata Abdul Karim pada satu sidang media di Bangunan Baitulmakmur hari ini.
Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pemenang pingat emas Sarawak akan diberikan insentif.
Katanya, jumlah insentif akan diumumkan selepas mesyuarat bersama kabinet kerajaan Negeri. — DayakDaily