Pembinaan Klinik Kesihatan Lubok Antu dalam proses tender

Roy Angau Gingkoi

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 28 Feb: Projek pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Lubok Antu kini berada pada proses tender, kata Ahli Parlimennya Roy Angau Gingkoi.

Menurut laporan TVS, perkara itu dimaklumkan semasa lawatan kerja Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni ke Lubok Antu baru-baru ini.


Kata Roy, beliau secara peribadi menyambut baik usaha berkenaan memandangkan projek yang bernilai RM28.9 juta itu sudah terbengkalai sejak empat tahun lepas.

“Kelewatan projek itu disebabkan oleh pihak kontraktor gagal menyiapkan pembinaan mengikut spefikasi dan tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu Roy memaklumkan masih banyak projek kesejahteraan rakyat yang perlu dilaksanakan di kawasannya.

“Antaranya balai Bomba dan Penyelamat (BBP) mini yang sangat diperlukan bagi mempercepat kerja memadam kebakaran di kawasan pedalaman serta rumah panjang,” katanya. — DayakDaily