This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 4 Julai: Projek pembinaan Astana baharu akan bermula tidak lama lagi, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurut beliau, tapak bagi Astana baharu telah dikenalpasti, manakala pelannya telah disiapkan.
“Saya setuju dan menyokong rancangan untuk membina Astana baharu.
“Ini adalah disebabkan struktur Astana yang ada sekarang sudah usang,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.
Tambah Abdul Karim, projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Premier Sarawak.
Apabila siap kelak katanya, ia akan menjadi satu lagi kebanggaan Sarawak kerana seni rekanya menarik.
“Astana lama nanti kita boleh jadikan sebagai museum yang menyimpan artifak berkaitan Gabenor Sarawak,” ujarnya.
Astana baharu dijadual dibina di atas tapak diantara Jalan Astana Lot dan Sarawak Botanical Garden. — DayakDaily