Pemasangan CCTV mampu pertingkatkan aspek keselamatan

Roslan Saleh
Advertisement

KUCHING, 8 Jan: Intiatiatif kerajaan Sarawak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lebih 200 lokasi di Kuching dan Kota Samarahan dilihat berupaya meningkat aspek keselamatan di dua bahagian terbabit.

Bagi pengusaha kedai gunting rambut, Roslan Saleh,40, pemasangan CCTV berkenaan memberikan satu isyarat jaminan keselamatan kepada orang awam.

Ini kerana, jika berlaku perlakuan jenayah, perbuatan terbabit dapat dikesan dan dibanteras pada kadar segera dengan adanya bukti rakaman daripada CCTV berkenaan.

Advertisement

“Dengan adanya CCTV ini semua orang akan lebih berhati-hati kerana ia boleh merakamkan perbuatan terbabit secara terus dan ini pastinya akan memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan mereka,” katanya.

Sependapat dengan Roslan, Mohd Aidil Awandi Mazlan, 28, berkata, situasi itu akan membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum melakukan aktiviti jenayah mereka.

“Bukti rakaman atau ‘footage’ dari CCTV itu senang untuk dilihat semula oleh penguatkuasa dan ini akan menjimatkan masa dan memudahkan tugas siasatan mereka.

“penjenayah juga akan berfikir ia akan sukar untuk mereka melakukan kegiatan mereka kerana ia pastinya akan di rakam oleh CCTV tersebut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian memberitahu sebanyak 800 CCTV akan di pasang di 200 lokasi di Kuching dan Kota Samarahan.

Pemasangan CCTV terbabit melibatkan lokasi dibawah seliaan empat pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP). -DayakDaily

Advertisement