Pemandu melecur, kereta terbakar dalam kemalangan di Bintulu

Pasukan Bomba berusaha memadam kebakaran.
Advertisement

BINTULU, 20 Ogos: Seorang pemandu sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) melecur di paha dan lutut dalam insiden kebakaran kereta pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.21 pagi di Jalan Tun Hussein Onn.

Katanya, kejadian berlaku apabila MPV jenis Perodua Alza tersebut melanggar tembok di tepi jalan berhadapan dengan Balai Polis Centre Bintulu dan terus terbakar.

Advertisement

“Pemandunya mengalami kecederaan melecur di paha dan lutut berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Pasukan Bomba berjaya memadam kebakaran kereta tersebut sepenuhnya pada jam 8.40 pagi. — DayakDaily

Advertisement