Pemandu maut, kereta bertembung lori di Bintangor

Kenderaan mangsa rosak teruk selepas bertembung denga lori di Jalan Tanjung Genting, Bintangor.

BINTANGOR, 9 Dis: Seorang lelaki menemui ajal selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori dalam satu kemalangan dekat Jalan Tanjung Genting di sini.

Menurut jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, dalam kejadian sekitar jam 12.11 tengahari itu mangsa,58, disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian.

“Ketika tiba ditempat kejadian, didapati mangsa iaitu pemandu kereta jenis Perodua Myvi tersepit dalam kenderaan yang dipandunya.


“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bertindak mengeluarkan mangsa yang maut sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakkan selanjutnya,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pemandu lori terbabit, 31, bagaimanapun selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dan punca kemalangan masih dalam siasatan. ā€” DayakDaily