“Pelantikan Nurul Izzah sah dari sudut undang-undang dan moral”

Senator Abun Sui Anyit

KUCHING, 6 Feb: Pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sah dari segi undang-undang dan moral.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abun Sui Anyit, pelantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyalahi undang-undang.

“Ia juga sah dari sudut moral kerana pelantikan tersebut tidak melibatkan gaji, elaun dan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Abun, Nurul Izzah diberi tanggungjawab untuk menabur bakti kepada negara.

Justeru katanya, pelantikan itu tidak bermaksud Anwar melebihkan Nurul Izzah daripada yang lain.

“Nurul Izzah memang ada kelayakan dan pengalaman, malah tiada gaji, elaun dan kuasa mengarah dan memanggil mesyuarat,” ujar Abun. — DayakDaily