Pelan Kawasan Ekonomi Tebedu-Entikong dibincang

Awang Tengah menerima kunjungan hormat dari BIMP Eaga Business Council (BEBC) Sarawak.

KUCHING, 10 Okt: Pelan Kawasan Ekonomi Tebedu-Entikong antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat BIMP Eaga Business Council (BEBC) Sarawak terhadap Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini.

Awang Tengah pada pertemuan tersebut turut menekankan pentingnya rancangan perdagangan rentas sempadan di antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau menegaskan bahawa dengan adanya BEBC, peluang yang ada harus diteroka terutama dengan perpindahan ibukota Indonesia ke Nusantara di Kalimantan.


Kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan organisasi BEBC Sarawak dan peranan organisasi tersebut.

Hadir pada pertemuan tersebut adalah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Sarawak Business Federation (SBF) presiden Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan pengerusi BEBC Malaysia Nobel Pang. — DayakDaily