Pekebun lada Sarawak digesa guna teknologi moden

Abang Johari (tiga kanan) dan Fadillah (kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Advertisement

KUCHING, 25 April: Usaha dipergiat untuk membawa pekebun menggunakan teknologi moden dalam penanaman lada di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ia bagi memastikan pekebun dapat meningkatkan pengeluaran.

“Kita perlu meningkatkan pengeluaran lada, mengajak pekebun kita mengamalkan teknik penanaman yang betul dan menggunakan teknologi baharu.

Advertisement

“Saya percaya jika kita mengamalkan semua ini, lada Sarawak akan kembali mendapat permintaan yang tinggi,” katanya di sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Petra Jaya di sini, hari ini.

Rumah Terbuka tersebut telah dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambah Fadillah, teknik penanaman lada yang baharu juga harus diperkenalkan menerusi kajian yang dilakukan secara mendalam.

Katanya, mungkin pada masa sekarang tiang lada menggunakan bahan baharu.

“Kajian juga melihat kepada pengeluaran benih baharu lada yang boleh meningkatkan pengeluaran,” katanya. — DayakDaily

Advertisement