This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 1 Ogos: Pekebun kecil getah dinasihatkan memperbaharui Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) bagi melayakkan mereka untuk menerima bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan bantuan-bantuan Kerajaan yang berkaitan.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan hari ini berkata, insentif IPG telah dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.70 sekilogram bermula Januari 2023.
“Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menangani isu kejatuhan harga dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil bagi meringankan beban mereka.
“Kenaikan Paras Harga Pengaktifan sebanyak RM 0.20 sen ini memastikan pekebun kecil akan menerima hasil penjualan cuplump tidak kurang RM2.70 sekilogram,” kata KPK.
Menurut kenyataan itu, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM457,526,196 juta bagi pembayaran IPG sejak ia mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga 30 Jun 2023.
Baru-baru ini, tular video keluhan seorang pekebun kecil di Kedah mengenai harga getah yang rendah dan permohonan beliau kepada kerajaan untuk meningkatkan harga getah.
Sehubungan itu, satu pertemuan antara pihak kementerian dan pengadu telah diadakan pada 30 Julai 2023 bagi mendengar keluhan dan menangani permasalahan yang dihadapi.
Hasil positif daripada pertemuan ini, masalah pekebun kecil berkenaan telah diselesaikan secara terus di mana PAT-G beliau telah diperbaharui. — DayakDaily