Pejalan kaki maut, dirempuh kereta di Mukah

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

MUKAH, 22 Mac: Seorang pejalan kaki maut, akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Mukah-Selangau, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata lelaki berusia 47 tahun dan berasal dari Rumah Gundol Ulu Sikat Mukah itu semasa kejadian sedang melintas jalan sekitar jam 7.30 malam.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Selangau telah melanggar mangsa sehingga menyebabkan mangsa parah di kepala.


“Akibat dari itu, pejalan kaki terbabit telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pemandu kereta yang terus ke Balai Polis Selangau selepas kejadian juga telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily