This Content Is Only For Subscribers
KOTA SAMARAHAN, 5 Julai: Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari ketika melintas jalan di Kilometer 20, Jalan Datuk Mohd Musa di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6.30 pagi itu.
Katanya, mangsa lelaki berusia 57 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya, yang telah melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian dinasihatkan tampil menyalurkan maklumat ke Balai Trafik IPD Kota Samarahan atau hubungi 082-662101.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily