Pegawai tentera dicekup disyaki cabul rakan serumah

Suspek yang ditahan.
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Dis 9: Seorang pegawai tentera ditahan hari ini selepas disyaki mencabul rakan serumahnya dalam satu kejadian di MJC, Batu Kawa di sini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ke atas mangsa berusia 25 tahun pada Disember 1 lepas.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan berkata, berdasarkan laporan diterima, pengadu mendakwa suspek berusia 31 tahun telah meramas kemaluan dan memicit kedua dua belah testis mangsa.

Katanya, pengadu cuba melawan dan menolak suspek tersebut tetapi tidak diendahkan.

“Susulan kejadian itu mengakibatkan pengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Aidil menambah, selain itu, mangsa juga mendakwa telah diliwat dengan cara suspek memasukkan jari ke dalam duburnya tanpa kerelaan.

Katanya, susulan laporan diterima, suspek berjaya dicekup sepasukan anggota polis pada pukul 4.50 petang tadi.

“Kes ini disiasat mengikut 377A Kanun Keseksaan,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement