PBDSB: Laksanakannya dan pastikan ia bukan umpan PRN

Bobby William

KUCHING, 6 Okt: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menyokong usaha kerajaan agar Mahkamah Adat Istiadat diiktiraf setaraf dengan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Presidennya Bobby William menerusi satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah idea asal PBDSB.

“Ketua Menteri dan Kabinet Sarawak harus melaksanakan perkara tersebut dan membuktikan ianya bukan “gula-gula politik” untuk memancing undi masyarakat Dayak dan Orang Asal Sarawak” tegas Bobby.


Berkaitan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN), Bobby berkata tiada keperluan untuk mengadakannya dalam waktu terdekat ini memandangkan tempoh penggal akan tamat bulan Mei 2020.

“Statistik harian kes positif Covid-19 mungkin meningkat berlipat ganda sekiranya PRN Sarawak diadakan tahun ini.

“Kita tak nak jadi seperti Sabah. Sayangilah rakyat Sarawak dan ketepikan dahulu politik,” jelas Bobby. — DayakDaily