Patung kucing putih Padungan dihiasi nyalaan cahaya Aidilfitri

Dr Sim dan Wee bersama yang lain menekan butang pelancaran cahaya Aidilfitri patung kucing.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 6 April: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian hari ini menyempurnakan hiasan Aidilfitri dan nyalaan cahaya pada patung kucing putih di Jalan Padungan.

Menurut Dr Sim, ia adalah amalan yang dipraktikan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) setiap kali musim perayaan.


“Patung kuching putih ini akan dihias mengikut perayaan, selepas Aidilftri, ia nanti akan dihiaskan dengan perayaan Gawai,” kata Dr Sim.

Hadir sama Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng. — DayakDaily