Pasukan 13 RAMD tahan dua PATI

Anggota tentera menahan dua PATI di Danau Melikin, Serian.

SERIAN, April 16: Usaha Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) yang diketuai Lt Kol Ismahizan Ishak dalam mengawal sempadan Sarawak-Kalimantan Barat telah menghasilkan kejayaan apabila ronda berkenderaan telah dilaksanakan di kawasan umum Danau Melikin, malam tadi.

Pasukan ini telah berjaya menahan dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama barangan peribadi yang cuba untuk memasuki ke wilayah Indonesia pada pukul 10.15 malam.

Individu terbabit telah dibawa ke Balai Polis Serian diatas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Mereka ditahan di Balai Polis Serian untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily