This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 12 Julai: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang Senator Abun Sui Anyit berharap Kerajaan Sarawak melakukan pemudahcara agar penduduk rumah panjang mendapat manfaat Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Abun Sui berkata beliau tidak mahu penduduk di pedalaman terlepas peluang menyertai program disebabkan kekangan tiada geran tanah adat.
“Ini kerana, penduduk di rumah panjang memang tiada geran tanah.
“Kita mencadangkan agar tanah adat milik penduduk rumah panjang diiktiraf oleh Kerajaan Sarawak dengan pemberian dokumen khas atau kaedah khas yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.
Tambah Abun Sui, ini memerlukan kerjasama Kerajaan Perpaduan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak agar penduduk pedalaman Sarawak dapat menikmati faedah program tersebut. — DayakDaily