Paras air mula naik di Kpg Long Bemang, dua buah sekolah rendah di Baram

Paras air di Kampung Long Bemang mulai naik.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Okt: Susulan hujan lebat sejak Ahad, paras air mula naik di Kampung Long Bemang sehingga 0.8 kaki setakat pagi ini.

Untuk rekod, Kampung Long Bemang dihuni seramai 530 penduduk.


Dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Long Lenei dan SK Long Wat turut terjejas dengan paras air banjir mencecah 2.5 kaki setakat jam 8.30 pagi tadi.

SK Long Lenei turut terjejas banjir.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Bonba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, setakat ini, tiada pemindahan dilakukan memandangkan keadaan masih terkawal.

Di kawasan Kampung Long Bemang, ujarnya paras air dicatatkan pada 0.8 kaki.

“Kampung Long Bemang telah mula dinaiki air sejak Ahad pada jam 7 pagi susulan hujan lebat yang turun semalaman,” katanya. — DayakDaily