Paras air banjir di Kg Long Bemang dan Long Atip Baram naik mendadak

Kampung Long Bemong yang dihuni 530 penduduk dinaiki air susulan hujan lebat sejak Ahad (9 Okt 2022).

MIRI, 10 Okt: Tidak sampai 24 jam selepas kawasan Kampung Long Bemang di Baram dinaiki air pada paras 0.8 kaki pada Ahad (9 Okt), susulan hujan lebat sejak Sabtu (8 Okt).

Semalam, paras air dilaporkan telah meningkat setinggi 3.8 kaki, menjejaskan 530 penduduk kampung tersebut.

Namun demikian, menurut Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, tiada perpindahan dilakukan setakat ini.

“Bekalan elektrik di kawasan terjejas akibat banjir telah ditutup untuk keselematan penduduk,” ujarnya.

Selain Kampung Long Bemang, Long Atip turut dinaiki air. — DayakDaily