Padawan Raft Safari 2024 tawar hadiah keseluruhan RM19,000

Abdul Karim (tengah) pada sidang media Padawan Raft Safari Edisi ke-21.
Advertisement

KUCHING, 6 Ogos: Lebih 150 peserta tempatan dan luar negara bakal memeriahkan Acara Padawan Raft Safari Edisi ke-21 dengan hadiah keseluruhan RM19, 000.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah acara akan diadakan pada 20 Okt depan.

“Acara ini semakin popular setiap tahun penganjuran dan mengalakan aktiviti pelancongan di kawasan Padawan,” kata Abdul Karim pada sidang media hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, antara kategori pada tahun ini termasuk Terbuka, Kayak, Hotel dan Tour, Terbuka Wanita dan Agensi Kerajaan.

Jelas Abdul Karim, acara akan bermula di lokasi berbeza bergantung kepada kategori.

Bagi kategori kayak 40km katanya, ia akan bermula di Kampung Annah Rais pada jam 7.30 pagi.

Kategori terbuka 32km pula bermula di Kampung Temurang jam 8.30 pagi.

“Bagi kategori agensi kerajaan, hotel dan NGO sejauh 22km bermula jam 9.30 pagi di Kampung Danu.

“Manakala kategori wanita sejauh 15km bermula jam 10.30 pagi di Kampung Semedang.

“Semua kategori akan berakhir di Kampung Git dimana acara penutupan diadakan pada jam 3 petang,” ujar Abdul Karim.

Untuk keterangan lanjut boleh melawat laman web www.padawanraft.com.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai. ā€” DayakDaily

Advertisement