Padah cabul kanak-kanak perempuan, lelaki diberkas polis

PDRM logo.

Oleh Dean Adam

SIBU, 12 April: Padah mengundang kepada seorang lelaki apabila dia ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di Jalan Permai, di sini Isnin lepas.

Kejadian itu disedari oleh ibu mangsa kepada kanak-kanak berusia tiga tahun berkenaan selepas dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan anaknya menangis selepas ditinggalkan di rumah suspek.


Sumber polis berkata, suspek berusia 37 tahun telah diberkas di sebuah kedai kopi di Jalan Permai Barat kira-kira pukul 5 petang, Rabu.

“Berdasarkan keterangan daripada ibu mangsa yang berusia 21 tahun, dia mendakwa suspek telah mencucuk kemaluan anaknya dengan jari,” katanya di sini hari ini.

Sumber polis menambah, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(d) dan 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya. — DayakDaily